Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 18 October 2013

3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan (Gambar Dan Video)


1. Bom cemari sambutan Aidiladha di Timur Tengah







Berpuluh-puluh orang maut selepas beberapa serangan bom melanda Iraq, Afghanistan dan Syria, yang menjejaskan sambutan Aidiladha semalam. Di Kirkuk, utara Iraq, sebutir bom meletup di kawasan sesak dengan penduduk, yang baru selesai menunaikan solat Aidiladha di sebuah masjid menyebabkan 12 terbunuh manakala 26 lagi cedera.

2. Lembu korban terkorban selepas terjun Parit


Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim, Kuching, gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam. Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ. Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ.

3. Lembu melarikan diri ke lebuh raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas



Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam. Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer. Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates