Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 30 October 2013

BONGKAR!!-KERJA FITNAH PAS TERJAWAB SUDAH di Sungai Limau @Azeezputera @MahfuzOmar @bn4prk



Selepas mendakwa bantuan kerajaan yang disalurkan di Sungai Limau baru baru ini Mahfuz Omar sekali lagi MENUDUH bantuan dari segi makanan yang disalurkan melalui Pdm Sg Dedap di Sungai Limau sini.

Apabila MH singgah ke Pdm tersebut ingin mendapatkan penjelasan sejauh mana dakwaan Mahfuz Omar ini betul betul benar dan sahih.

                         

Benar dakwaan Pas ada bungkusan yang tertera gambar Dato Azeez tetapi ini bukan untuk edaran kepada orang ramai.Ini hanyalah barang kegunaan Pdm yang terletak di bahagian dapur.


Ini Barangan untuk kerja kerja edaran esok 


Cuba tengok tarikh luput susu pekat diatas bertarikh 03 09 2014

Jadi apakah dakwaan Mahfuz Benar? 

Dibawah kenyataan media oleh Dato Azeez Sendiri

Kenyataan Akhbar  YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim Ketua Umno Bahagian Baling juga Merangkap Ahli Parlimen kawasan Baling 


- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian 
Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu 
dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari 
pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen 
kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja 
tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang 
mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media 
pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak 
ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ 
menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham 
Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan 
kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati 
berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong 
calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada 
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang 
saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung 
sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar 
memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya 
mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan 
pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang 
perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau.

Fakta : Mahfuz Omar adalah seorang individu yang paling utama dalam strategi menjatuhkan Arwah ustaz Azizan ketika Arwah masih memegang jawatan Menteri besar Kedah sebelum di wasiat di beri mandat kepada Mukhriz Mahathir.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates