Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 27 October 2013

Pas Dibidas Politikkan Bantuan Kerajaan Sempena Pilihan Raya






Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas kenyataan ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mendakwa program bantuan Yayasan Felda kepada penduduk di kawasan Simpang Tiga Sungai Limau sebagai tindakan Barisan Nasional (BN) membeli undi rakyat dalam usaha memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November ini.

Menurut beliau, mungkin ADUN Anak Bukit itu tidak faham bahawa program-program seperti itu sebenarnya sudah termasuk dalam peruntukan sedia ada yang perlu diberikan kepada rakyat tidak kira samada waktu piliha nraya atau pun tidak.

“Kerajaan sememangnya sudah ada peruntukan yang disediakan seperti itu untuk membantu rakyat. Seumpamanya membuat jalan dan bantuan lain sebagainya. Pilihan raya atau tidak, sama saja.

“Takkan pada musim pilihan raya, kerajaan kena hentikan semua program-program membantu rakyat. Bila tiba musim pilihan raya saja, kerajaan kena hentikan semua program-program seumpama itu. Tak boleh baiki rumah, tak boleh bagi bantuan pada rakyat sedangkan rakyat sememangya memerlukan bantuan tersebut.

“Kalau kerajaan negeri contohnya mempunyai peruntukan untuk membantu rakyat melalui program-program sebegitu, teruskanlah. Tidak jadi masalah. Membantu rakyat tidak kira masa pilihan raya atau tidak. Ini bukan soal memancing undi tetapi sememangnya kerajaan mahu membantu rakyat,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, takkanlah setiap kali tibanya pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, maka kerajaan terpaksa menghentikan segala program dalam membantu dan membela rakyat.

“Setakat ini saya tak jumpa mana-mana negara yang apabila tibanya waktu pilihan raya atau pilihan raya kecil, semuanya dihentikan. Kerajaan tidak boleh berbelanja, tidak boleh memberikan peruntukan kepada rakyat.

“Kalau macam itu, gaji pun tak boleh bagilah. Kalau macam itu tak apalah, tak bayar gajilah jawabnya. Sebab waktu piihan raya kerajaan kena juga bayar gaji guru, gaji polis dan gaji pekerja kerajaan yang lain. Kalau ikut apa yang ADUN Anak Bukit itu kata, maka kerajaan nak bayar gaji pun tak bolehlah,” seloroh beliau.

Jadi, beliau tidak melihat ada sebarang isu berhubung program tersebut seperti mana yang didakwa oleh ADUN Anak Bukit sebagai program BN untuk membeli undi rakyat.

“Tak isu dalam hal ini. Kalau di Kelantan, Nik Aziz  pun ada bagi duit pada pengundi, tidak pula kita pertikaikan. Contoh seperti di pilihan raya kecil di Galas.

“Itu masalahnya dengan Pas. Apa yang mereka buat halal, apa yang UMNO atau BN lakukan semuanya haram. Mereka buat tak apa tapi kita buat tak boleh. Itulah sikap Pas yang tak berubah sehingga ke hari ini,” akhiri beliau.

PAS baru-baru ini menerusi ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengadakan satu sidang media mendakwa majlis pemberian bantuan perumahan dan cermin mata percuma Yayasan Felda kepada penduduk di Simpang Tiga Sungai Limau, sebagai tindakan membeli undi dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mencabar PAS agar meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan beli undi dalam majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates