Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 25 October 2013

PROJEK IC-POLIS TAHAN AHLI KELUARGA PAK GUARD PEMBUNUH


Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu.

“Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu.

“Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia,” kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

MH pernah tengok sendiri ketembusan penyelewengan mykad ini sendiri di putrajaya.Syarikat yang mencetak buat keje betul cuma pekerja mereka sendiri.Operator mesin cetak yang menjaga mesin buat duit menggila dengan penyelewengan mengeluarkan mykad palsu.Bukan setakat buat duit malah mykad dibuat 1 bahan jenaka seperti meletakkan gambar mereka (staff) dan ditukar nama seperti artis dan mcm mcm lagi untuk koleksi peribadi.Ini yang berlaku.Kerana keadaan ini telah menjadi serius kita harus bercerita apa sebenarnya yang berlaku.Penyelewengan ini adalah tanggungjawab syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mencetak.

Fakta : Jabatan Pendaftaran pun Lalai dan cuai

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates