Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 31 October 2013

Tiga Jemaah Haji Maut "Esok saya sampai kuantan" @azeezputera


Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, semalam

Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.

“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.

“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,”


Apabila MH terserempak dengan Dato Azeez Rahim iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji di Sungai Limau malam tadi MH sempat meminta beliau mengulas tentang kemalangan jiwa di kuantan semalam.Dato Azeez tidak mengulas panjang beliau hanya menjawab 

"Saya akan sampai sendiri esok di kuantan untuk bertemu waris mangsa nahas".

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates