Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 18 October 2013

Toyota Vios Terbakar Jalan Tun Razak Punca Kesesakan Lalu lintas



Sebuah kereta yang terbabas sebelum terbakar berdekatan sebuah hotel di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar di Kuala Lumpur, pagi ini menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer.

Kejadian kira-kira 7 pagi mengakibatkan beberapa laluan termasuk dari Setapak, Ampang dan Jalan Tun Razak sesak ketika ramai pemandu menuju ke tempat kerja masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail yang dihubungi Bernama berkata bomba menerima panggilan dari orang awam pada 7.14 pagi sebelum menghantar dua jentera dari Balai Bomba Keramat dan Titiwangsa bersama 10 anggota ke tempat kejadian.

"Kami (bomba) difahamkan pemandu kereta Toyata Vios itu melanggar penghadang jalan sebelum terbakar. Bagaimanapun, ketika kami tiba, pemandu itu tiada di lokasi kejadian.

"Mungkin mangsa sudah dibawa ke hospital," katanya.

Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, jurucakap Trafik Polis Kuala Lumpur mengesahkan mangsa berumur 45 tahun itu berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta berwarna merah itu terbakar.

"Kita mendapati mangsa (lelaki) tempatan tidak cedera dan setakat ini mangsa belum membuat sebarang laporan polis berkenaan insiden itu," katanya sambil menambah mangsa dipercayai tinggal di Bandar Baru Ampang.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates