Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday 22 October 2013

TUJUH DARIPADA 44 SENJATA API PDRM DIJUMPAI SEMULA




Tujuh daripada 44 senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hilang sejak 2010 hingga 2012 seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah dijumpai semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata antara punca kehilangan senjata api yang dikenalpasti ialah kereta dipecah dan senjata api tertinggal dalam kereta, diragut atau disamun,tercicir ketika menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas dan kehilangan dalam pejabat.


“Nilai senjata itu berbeza mengikut jenis dan negara pengeluar, secara keseluruhan kategori senjata yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Chua Tian Chang @ Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, yangingin tahu jumlah senjata api yang hilang dan prosedur serta tindakan terhadap pegawai polis yang kehilangan senjata api.
Ahmad Zahid menjelaskan Bahagian Teknologi Maklumat (IT) PDRM sedang membangunkan sistem yang mengandungi submodul bagi tujuan pemantauan dan rekod kes kehilangan aset organisasi itu yang dijangka beroperasi November ini. “Sistem itu akan merekodkan kehilangan aset PDRM bermula daripada kehilangan berlaku sehinggalah ke peringkat tindakan diambil ke atas pegawai polis yang didapati cuai menyebabkan kehilangan aset. “Dengan wujudnya sistem itu, semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh Urus Setia Pengurusan Kehilangan Aset PDRM,” katanya.
Bagi menyiasat punca kehilangan aset, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai prosedur untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 79 Akta Polis 1967. Katanya jawatankuasa itu akan membuat pertanyaan yang menjurus kepada sebab kehilangan dan syor-syor bagi mengelak kejadian sama berulang. “Jika terdapat bukti wujudnya kecuaian, maka pegawai bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali,” 

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates