Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 24 November 2013

HARI BELIA 2012-K-POP ADALAH PELABURAN



Tindakan Kementerian Belia dan Sukan menggunakan khidmat artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada Hari Belia 2012 berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.

Itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Shabery tahun lalu.

Sambutan Hari Belia itu berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung. Ini kerana daya tarikan K-Pop, ia menyemarakkan sambutan Hari Belia itu sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.

Ini termasuk tajaan yang memberikan nilai pulangan sehingga RM26 juta yang dianjurkan Telekom Malaysia dan ada pula tajaan yang memberikan pulangan RM1.9 juta atau keuntungan dalam bentuk tunai setinggi RM2.3 juta tetapi keuntungan sebenar datang dalam bentuk beransur-ansur.

Shabery berkata, tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu adalah antara 10 kumpulan paling terkenal di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar.

Isu yang dipolitikkan ialah isu deposit pendahuluan yang menggunakan wang kerajaan tetapi secara keseluruhan, program artis K-Pop itu berjaya mendapat tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM2.3 juta.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates