Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 23 November 2013

MOHON RUMAH MESRA RAKYAT DAN MUAT TURUN BORANG DISINI @tunfaisal

Contoh Rumah yang ditawarkan


Nampaknya ramai yang berminat dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Jika anda masih belum mengetahui mengenai RMR1M,Ia merupakan satu program khas bagi mereka yang punyai tanah untuk dibina rumah kediaman yang selesa di bawah seliaan SPNB.

Menerusi program ini, SPNB akan membina rumah kediaman di tapak atau lot tanah milikan anda, dengan pembiayaan ditanggung menerusi pinjaman bank, serta mendapat potongan khas bagi kadar faedah pinjaman bank iaitu sebanyak 2%, yang akan ditanggung kerajaan. Malah, pembinaan rumah anda akan diberikan subsidi sebanyak RM20,000.

Untuk mendapatkan pembiayaan yang menarik ini, anda perlu membuat permohonan kepada SPNB, dan untuk itu, saya telah menyediakan anda muat turun percuma borang permohonan RMR1M ini. Saya tahu ramai yang telah mendapatkan manual, tetapi masih gagal untuk mendapatkan borang yang dimaksudkan.

Contoh borang

Borang Permohonan RMR1M Muat Turun Percuma

Anda boleh muat turun percuma borang permohonan RMR1M di pautan berikut - Borang RMR1M

KLIK MUAT TURUN BORANG RMR1M 

Borang ini perlulah anda isi dengan lengkap, dan lihat keperluan dokumen yang diminta. Borang ini dapat membantu anda apabila anda menggunakan sistem online (jika mahu) menerusi laman web berikut - RMR1M SPNB Online
Klik Muat Turun Manual Pengguna

Borang yang telah lengkap berserta dokumen yang diperlukan mesti dihantar kepada SPNB untuk kelulusan. Terdapat 3 cara anda boleh melakukannya.
Muat naik dokumen yang diminta di Pejabat Wakil Rakyat. Pihak Pejabat Wakil Rakyat akan membantu imbas (scan) dokumen dan memuat naik ke dalam sistem.

Pemohon boleh muat naik sendiri. Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh imbas dan muat naik dokumen di rumah.
KLIK BUAT DUIT TANPA MODAL 1 SEN
Hantar dokumen secara terus ke pejabat SPNB samada pejabat cawangan/satelit berdekatan atau melalui pos.
Program RMR1M ini memang berbaloi buat mereka yang ada tanah. Kalau ada tanah, binalah rumah jika tidak mahu usahakan ia secara komersil. Namun, kalau anda tanya pendapat saya .. baik bina rumah, kerana rumah yang dibina dengan projek ini pasti puas hati, apatah lagi mendapat khidmat daripada SPNB.

Untuk lebih pencerahan mengenai RMR1M ini, saya syorkan anda untuk rujuk dengan mana-mana pejabat wakil rakyat berdekatan, paling afdal ... anda rujuk dan minta pertolongan dengan Pejabat ADUN kawasan anda. Saya difahamkan ada kuota tertentu untuk RMR1M bagi setiap Adun, jadi ... jangan tunggu sampai kuota itu habis.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates