Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang."Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.
Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG
Bahagian Tatatertib PDRM Kontinjen Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan terhadap paparan video yang telah dimuat turun dalam laman sosial Youtube bersabit "Polis Tampar Orang Awam" pada 13/12/2013 di satu tempat awam di Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang. Anggota Polis berkenaan telah ditukarkan serta merta ke Bilik Gerakan IPD Barat Daya.
Dalam kejadian itu, pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama serta menjatuhkan imej PDRM.
Ketua Polis Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Jabatan,Ketua Polis Daerah dan Ketua Formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota dibawah seliaan masing-masing mereka sentiasa melaksanakan dan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Jangan sekali-kali bertindak diluar batasan undang-undang serta melakukan perkara yang boleh mencemarkan imej pasukan.
Ketua Polis Pulau Pinang
Senior DCP Datuk Abd.Rahim bin Hj Hanafi
Telan mati emak'..diluah mati bapa',kata2 yg dpt digambarkan pd video ini.Keadaan sebenar kita tidak pasti bagaimana,walau digambarkan dgn video..?. Itulah tiap sesuatu kena bertindak mengikut akal,bkn ikut naluri atau emosi.Berkaitan warga asing yg makin bersepah disekeliling kita,kadang2 rasa menyampah pun ada'..bila nampak gelagat yg sgt tidak beradab,mmg ada yg sopan dgn warga tempatan,tapi harus tahu diri'..yg mereka disini hanya mencari rezki ditempat orang.Kita orang Malaysia mmg beradab,bila masuk ketempat orang,sebaliknya bila nampak orang luar masuk tempat kita dgn tidak menghormati kita,membara juga hati ini..cuma kesabaran saja yg membatasnya.Sepatutnya DCP Abd.Rahim tidak perlu umumkan pertukaran anggotanya,sebaliknya hanya perlu katakan kpd umum yg tindakan sudah diambil!.Bila ada yg persoalkan'..barulah diterangkan bagaimana tindakan itu,dgn cara yg terbaik mungkin.Syabas juga pada yg prihatin dgn kes ini.
ReplyDelete