Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 23 December 2013

BAHANA CURANG SUAMI CUNGKIL MATA ISTERI




Guangxi (China): Suami sanggup mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mengetahui isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Si suami juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai

Wanita yang berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi media sosial pada 2012. Selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga bulan, lelaki itu berubah.

Long pernah memukulnya apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang berjumlah 150,000 yuan.

Li juga pernah cuba meninggalkannya tetapi semua dokumen pengenalan diri disembunyinya oleh Long. Long juga pernah mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Klik Video

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. Dan apabila kecurangan itu dapat dihidu oleh Long, dia menyerang lelaki berkenaan dan ketika. Li cuba melindungi kekasihnya itu tetapi suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Long segera menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates