Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 15 December 2013

PENANGAN NENEK RASIS MENAMPAR TOKONG LGE @jaharahamid @dzainalabidin @cmlimguaneng



Apa sudah jadi dengan Pulau Jerejak, sudah ditukar nama atau jadi pulau pemujaan..Jawaban soalan itu bukan sahaja ingin diketahui Ketua Pembangkang BN, Datuk Jahara Hamid malah rakyat di Pulau Pinang juga berhak tahu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Air Tawar itu, beliau mahu kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng memberi penjelasan sama ada pengusaha pelancongan sudah menukar nama pulau Jerejak kepada Pulau Mazu seperti tertera dilaman sosial Facebook.

Beliau kecewa kerana Guan Eng bukan sahaja menggelarnya ‘nenek Rasis’ tetapi gagal menjawab soalan semudah itu malah memberi alasan mahu menunggu laporan pihak berkuasa tempatan dahulu

“Saya bukan nak buat fitnah,” ujar Jahara kerana Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, sudah tentunya ianya mampu menjawab soalan itu tanpa menimbulkan perkara yang menjurus kepada rasis dan menggelarkan Jahara ‘Nenek Rasis’.

Saya tak kata kerajaan negeri sudah setuju meluluskan nama itu ditukar.Jahara berpendapat, Guan Eng sengaja pusing ceria dan mendakwa kerajaan negeri tidak pernah setuju atau meluluskan pertukaran itu seperti didakwanya.

“Saya minta kerajaan negeri ambil tindakan segera untuk membuktikan tidak bersubahat dengan pengusaha terbabit kerana terdapat gambar Ketua Menteri dengan seorang lelaki dalam laman sosial itu serta kain rentang bagi satu program yang di tempat situ,” ujar Jahara.

Jahara juga membangkitkan mengenai bangunan kosong klinik kusta yang diubah suai menjadi sebuah tokong.

“Saya nak tahu sama ada pembinaannya mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan lain,” katanya.

Jahara berkata, beliau telah menyemak hansard sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengesan sama ada beliau pernah menuduh kerajaan negeri yang memberi nama Pulau Mazu seperti mana yang didakwa oleh Guan Eng atau tidak.

“Saya sudah baca hansard. Yang saya katakan adalah pengusaha itu yang memberi nama Mazu.

“Saya tanya dan minta penjelasan dari kerajaan negeri. Kalau ya, ya lah, kalau tidak, tidaklah. Kenapa nak begitu sensitif dan kebetulan di sana ada tokong Cina dan kuil orang India,” katanya.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas berhubung pembinaan struktur tokong disitu jika dibina tanpa kebenaran kerana ia berada dalam tanah kerajaan negeri seperti yang dijelaskan Guan Eng ketika sesi penggulungan.

“Pulau itu jadi macam pulau pemujaan, sila siasat. Banyak tempat dan juga pokok di situ dijadikan tempat pemujaan.

“Kita bukan cakap kosong dan buat fitnah. Kita ada bukti dalam bentuk gambar dan video mengenai tempat itu. Kita pun ada perbualan dengan penjaga tempat itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates