Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 15 January 2014

HUKUM ANAK TIDAK SOLAT IBU BAPA DITAHAN PIHAK BERKUASA

Gambar Hiasan



Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.

Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan pada 16 Januari ini.

Suami merupakan seorang pegawai kerajaan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm.

Sementara isterinya pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.

Jumaat lalu,pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates