Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 4 January 2014

INI PUNCA SPRM SIASAT LIM GUAN ENG @DrNovandri @tunfaisal @jaharahamid @dzainalabidin





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut.


Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Lim Guan Eng sebelum ini telah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 termasuklah untuk Lim sendiri. Bagaimanapun kereta untuk kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang setelah pembelian Mercedes Benz dilakukan.


Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.

Bagi rakyat khususnya di negeri Pulau Pinang, tindakan Lim Guan Eng membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak bagi kemewahan sendiri adalah amat keterlaluan. Rakyat ketika ini sedang berhadapan dengan kenaikan kos harga barangan tetapi Ketua Menteri DAP di Pulau Pinang ini masih boros berbelanja.



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates