Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 21 February 2014

BRIM 3.0 SUDAH MASUK KE AKAUN SEMALAM



Agak mengejutkan apabila terdapat info yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 3.0 sudah pun dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula hari ini (21 Februari 2014).

Malah ada mereka yang mengakui bahawa BR1M 3.0 sudah masuk kedalam akaun sejak 20 Februari 2014 jam 10 malam lagi.

Dibawah adalah screenshot akaun bank mengatakan bahawa pembayaran BR1M 3.0 sudah pun diterima 20 Februari 2014 lagi


Terdahulu, BR1M 3.0 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM650. Kategori bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650 sementara kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM300.

Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates