Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 24 February 2014

MAJIKAN DERA PEMBANTU RUMAH MELECUR SELURUH BADAN




Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah Indonesia yang mencari nafkah di Hong Kong. Beliau didera oleh majikan, Lo Wan Tung. Erwina ditemui di lapangan terbang dengan kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau.




Menurut Erwina, majikan puaka itu menderanya dan kemudian menghantar beliau ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Lo Wan Tung juga bertindak mengugut Erwina supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Erwina kini telah selamat pulang ke Indonesia dan menerima rawatan lanjut. Majikan puaka itu pula berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke Thailand.


Apa yang berlaku kepada Erwina menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia.

Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu.

Majikan Puaka


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates