Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 15 February 2014

RESPON JEPP SEPAHTU BERGADUH DENGAN SHAHROL SHIRO




Kalau semalam, Shahrol Shiro mendakwa Jepp Sepahtu cuba mengelakkan bertemu dengannya jika bersemuka kerana masih tidak berpuas hati dengan isu minggu lalu.

Hari ini menerusi Harian Metro, lain pula respon yang diberikan Jepp Sepahtu berhubung dakwaan itu.

Menurut Jepp Sepahtu, dia pelik bagaimana dirinya boleh dikaitkan bergaduh dengan Shahrol sedangkan konflik itu tidak berlaku sama sekali. Dia juga hairan dituduh bukan-bukan.

"Secara jujur, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan. Saya melihat perkara ini sebagai tuduhan umum dan bukan ditujukan kepada saya secara khusus.

Sepatutnya kena tanya pada lain-lain (pelawak) juga atas apa yang dia katakan sebab dia menjauhkan diri daripada kami semua.

Dia kata ada datang meminta maaf kepada saya sedangkan benda itu tidak berlaku langsung. Lagipun dia bukan buat salah apa-apa jadi nak maafkan buat apa?

Saya ini jenis yang tidak bermusuh dengan orang dan tidak suka cetus permusuhan seperti yang dia dakwa. Saya pun pelik dengan apa yang berlaku sebab memang tak ada apa-apa masalah antara kami.

Kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat. Kalau tak rapat, tak semestinya kita bergaduh bukan? Saya rasa perkara ini timbul disebabkan persepsi peribdi dia saja sedangkan tak ada aa berlaku pun."

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates