Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 14 March 2014

BIODATA PENUH IBRAHIM MAT ZIN - RAJA BOMOH VIP PESAWAT MH370




Semenjak kehilangan pesawat MH370 ini, muncul pula seorang Raja Bomoh VIP yang bernama Ibrahim Mat Zin yang mendakwa ingin membantu dalam usaha mencari pesawat #MH370.

Sejak tiba di Balai Ketibaan KLIA beberapa hari lalu, nama Ibrahim Mat Zin sudah menjadi semakin terkenal dek kerana upacaranya yang pelik dan dikatakan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran


Namun tindakannya yang mengadakan upacara sedemikian sepertinya adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.

Biodata Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin #MH370

Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)

Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Fatwa JAKIM: 

Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Kareer Bomoh:

2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.

2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)

2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates