Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 19 March 2014

HOT : ANWAR MESTI CEMBURU BILA BACA BERITA NI... #Kajang ..



Beruntung betul jadi rakyat Kajang kerana Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan komited akan membawa pembangunan dan kemajuan di kawsan DUN Kajang sekiranya BN diberi mandat daripada rakyat...

Tak kan rakyat kajang nak lepaskan peluang keemasan ini..MH yakin Wan Azizah tidak mampu berikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kerana sejarah telah membuktikan kemampuan Wan Azizah semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh..Hidupnya hanya untuk membela dan menjaga suaminya Anwar Ibrahim..

Tunggu apa lagi..Jom rakyat Kajang undi Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun bagi menjamin kesejahteraan rakyat Kajang lebih terjamin...


Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan mempertingkat pembangunan dan kemajuan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat.



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bagi menjamin kesinambungan usaha itu, kementerian akan menjadikan DUN Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang sebagai 'anak angkat' kementerian itu sekiranya warga Kajang memberi sokongan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Abdul Rahman berkata pencalonan Chew yang juga Naib Presiden MCA itu menunjukkan BN komited membawa lebih banyak pembangunan di Kajang dengan meletakkan calon yang diyakini mampu untuk berkhidmat dan bukannya sekadar untuk meraih simpati.

"Ini menunjukkan kerajaan persekutuan tidak memperkecilkan kemenangan Chew dan sentiasa berada di belakang beliau untuk meneruskan agenda pembangunan di Kajang.

"Ini adalah satu perkara serius untuk mencari wakil rakyat yang mampu membawa perubahan dan membangunkan Kajang dengan lebih sempurna pada masa akan datang dan bukan untuk meraih undi simpati atau menguji kesetiaan kepada suami,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 20 pemilik Rumah Mampu Milik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), di sini malam tadi.

Abdul Rahman berkata kerajaan BN menunaikan janjinya melalui SPNB untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, khususnya di Kajang. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amanat kepada KPKT untuk membina 16,000 unit Projek Perumahan Rakyat dengan peruntukan RM1.04 bilion pada tahun ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM300 juta untuk Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome yang menawarkan subsidi RM30 ribu seunit kepada pembeli rumah dan pada tahun ini sebanyak 10,000 unit akan didirikan di seluruh negara.

"Bagi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang akan memberikan geran kepada pemaju perumahan sehingga 25 peratus akan dilancarkan tahun ini dengan geran pendahuluan mencecah RM500 juta.

"Perdana menteri juga berjanji kalau program ini berjalan lancar, ia akan diteruskan dengan belanjawan yang lebih besar pada tahun depan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates