Monday 31 March 2014
KEJAM - 20 EKOR KUCING MATI DIRACUN SEORANG GURU
Seorang guru yang menetap di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor dipercayai telah meracun 20 ekor kucing jirannya sehingga mati.
Alasannya, kerana kucing-kucing tersebut telah mengotorkan kawasan inap desa miliknya.
Perbuatan kejam guru berkenaan telah menimbulkan kemarahan penduduk. Ini sudah keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang warga pendidik
20 ekor kucing malang berkenaan dipercayai telah diberikan nasi yang digaul dengan ikan + racun dan diletakkan berhampiran dengan inap desa guru berkenaan.
Akibatnya, 12 ekor kucing peliharaan pengadu maut serta merta dengan keadaan mulut berdarah. Ini disusuli dengan kucing-kucing jiran-jiran yang berdekatan menjadikan jomlah korban racun guru berkenaan adalah 20 ekor kucing.
Perbuatan guru berkenaan sempat disaksikan oleh seorang individu. Pihak Veterinar Daerah telah mengambil sampel ikan beracun itu dan membuat laporan polis.
Tidak semua orang gemar dengan kucing tetapi itu bukanlah alasan untuk membunuh kucing dengan kejam. Cukuplah dengan menghalau kucing-kucing itu dengan cara yang baik.
Buat penggemar kucing, jagalah kucing anda. Jangan dibiarkan berkeliaran sehingga menyusahkan jiran-jiran yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
ReplyDelete“(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang telah ia usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.”
(Surah Ibrahim: 51)
taik mmg kotor tp xde dosa! manusia yg kononnya bersih tp x pernah lari dpd dosa! lgsung xde rse bsalah plk tu!!!
ReplyDeletePATUT LA SELANGOR KENE BALA CATUAN AIR, BOLEH JD PASAL NI!!!
LA3NA ALLAHI ILAIKUM YA SELANGOR LAA DAR-LIHSAN!!!