Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday 27 May 2014

WAJAH SUSPEK PENYAMUN REMPUH ANGGOTA POLIS DI PARIT BUNTAR DISEBARKAN #ParitBuntar

Seperti mana kita ketahui 1 kejadian yang diberitakan seorang anggota Polis maut dirempuh perompak dalam kes samun van rokok hari ini



Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.



"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.






"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.



Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.



Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.

Pada masa yang sama kereta yang digunakan suspek telah ditemui terbakar kerana dipercayai mahu menghapuskan bukti.


Wajah Suspek juga telah berlegar di whatsapp oleh rakan-rakan Admin dgn ini admin berharap sangat dapat disebarkan bagi membantu pihak polis untuk membawa penjenayah kejam ini ke muka pengadilan.



Mohon di hebahkan seluas luasnya.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates