Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 21 October 2013

BAKAR DIRI SELEPAS 4X GAGAL UJIAN LESEN MEMANDU





Yamkala Sapkota , 31, perempuan asal Scotland membakar diri sendiri setelah empat kali gagal lulus untuk mendapatkan lesen memandu.

Dia mengalami cedera terbakar 12 peratus di wajah dan tubuhnya dari kepala, leher, bahu, tangan kanan, dan punggung . Pakar jiwa mengatakan dia tidak mengalami masalah jiwa apa pun , seperti dilapor Daily Mail, Sabtu (19 /10).

Namun hari ini dia dibebaskan dari tuntutan undang-undang di mahkamah kerana membahayakan orang lain. Hakim Lord Bannatyne di Mahkamah Tinggi Edinburgh membebaskan dia kerana kasihan.



"Saya tidak yakin aksi ini akan berlaku lagi ," kata hakim.

Sapkota kini tengah menjalani rawatan kulit. Peguam Sarah Livingstone mengatakan kliennya itu sudah membayar perbuatannya.

" Dia sudah dihukum dengan kecederaan yang dialami. Dia kini masih menjalani rawatan . "

Ketika hadir dalam persidangan di Mahkamah Edinburgh Ogos tahun lalu dia mengakui telah bertindak bodoh hingga membakar diri dan membahayakan orang lain.

Sapkota sempat meninggalkan nota kecil sebelum membakar diri. Saat itu dia mengatakan tidak mahu lagi hidup.

Seorang jiran menyedari tindakannya dan segera menghubungi polis menuju apartmennya di wilayah Leith , Edinburgh.

Mujur, Sapkota masih boleh diselamatkan. Perempuan berdarah Nepal itu pindah ke Britain sembilan tahun lalu bersama suaminya.

Ketika insiden itu terjadi suaminya tiada di rumah.

Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates