Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 11 October 2013

Bunuh diri-Blogger Kontroversi SexPert Bikin gempak



Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'.



Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang Khamis.




Video berkenaan turut dimuat naik di laman YouTube pada Rabu. Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan.

Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.

"Ketika saya masih kecil, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah," katanya.

"Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak. Selain itu, saya juga seorang yang idealistik.

Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya.

"Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna.

"Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri.

"Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat.

"Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang.

"Bagi saya, kehidupan ini ibarat skrip yang ditulis oleh orang lain," kata Vivian sambil mengalirkan air mata di sofa sambil menonton televisyen.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk saya tamatkan perjuangan yang tidak bermakna buat saya lagi. Hanya dengan satu pukulan," katanya.

Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur

1 comment:

  1. drama la...dah ko yg pilih nak hidup mcm tu...then face it and enjoy it je la...mcm2 hal la...david teo mesti amik buat filem nnt nih...bole la claim royalti...hehehehehe....

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates