Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 28 October 2013

Jangan baca jika Anda Melayu-Pandangan Melayu dari Kaca Mata Cina




SEORANG sahabat menarik perhatian Awang kepada buku The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia 2003) tulisan Ye Lin-Shing yang diperkatakan kembali termasuk menerusi blog dan laman sosial.

The Chinese Dilemma


Ye Lin yang berasal dari China adalah seorang ahli perniagaan di Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Australia, Britain dan Amerika Syarikat.

Pengamatan yang dizahirkan dalam buku itu adalah berdasarkan pengalamannya melibatkan orang Cina di negara-negara berkenaan. Beliau kritis ke atas banyak pihak termasuk masyarakat Cina di Malaysia.

Rumusan yang boleh dibuat: Orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding di negara lain tetapi masih tidak bersyukur.

Beliau menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan.

Masyarakat Cina Malaysia perlu menghayati nasib yang dialami Cina di Vietnam yang menjadi orang hanyut yang dipaksa meninggalkan negara itu, atau Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau, atau Cina di Indonesia yang identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan semasa, Ye Lin menyifatkan kedudukan Cina di Malaysia lebih baik berbanding kaum Cina kebanyakan negara lain. Jika boleh berfikir begitu, pasti kamu akan berasa bersyukur (tinggal di Malaysia),” kata beliau.

Dalam konteks hari ini, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Melayu.

Di sebalik menguasai ekonomi negara, pengembangan sekolah Cina (hanya satu sistem pendidikan diamalkan di negara bukan Cina lain), dasar-dasar kerajaan yang membolehkan ramai orang Cina terus kaya raya dan betapa kerajaan banyak memenuhi tuntutan bersifat perkauman, kaum Cina tetap mahu menjatuhkan kuasa politik Melayu.

Tuntutan untuk hak sama rata dijadikan alasan bagi masyarakat Cina mengikat diri taksub menyokong parti ekstrem DAP.

Biarpun selepas DAP menang lebih banyak kerusi, orang Cina dalam banyak cara melahirkan tidak puas hati dan membantah kejayaan BN dalam PRU-13.

Apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan di muka surat depan, ulasan berita bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? dua hari selepas keputusan PRU-13, sebahagian pemimpin DAP dan NGO Cina marah walaupun kandungan laporan itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai realistik dan suatu pertanyaan yang rasional.

Mesejnya, masyarakat Cina tidak suka ditegur dan diperingatkan dengan hakikat bahawa pendekatan politik kaum itu sudah melampau dan berbahaya.

Maka apa yang dituliskan oleh Yee Lin perlu direnung sedalam-dalamnya. Beliau tidak malu untuk mengakui bahawa orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu.

Persoalan-persoalan dalam buku itu, menurut beliau, bukan bertujuan untuk memihak tetapi untuk menyemai persefahaman antara rakyat Malaysia.

Kini Chinese Dilemma menjadi perhatian sebahagian orang Melayu terutama menerusi laman sosial. Blog AIDC turut memaparkan terjemahan petikan-petikan menarik Yee Lin, yang antara lain menggambarkan sikap angkuh dan suka menghina Cina Malaysia terhadap orang Melayu.

Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah kaum Cina. Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan penyabar.

Sepatutnya orang Cina perlu berbakti kepada orang Melayu. “Katanya lagi: Saya selaku orang yang berasal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina terlalu keras, ekstrem serta perkauman, ”tegas Ye Lin.

Awang kasihan kepada orang Melayu. Walaupun banyak beralah kepada kaum Cina sejak dahulu lagi tetapi terus dilukai dan dikhianati. Budi yang dihulur, racun yang diberi. Pun begitu, ramai Melayu yang masih tidak sedar diri.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates