Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 12 October 2013

Jemaah Haji meninggal di Makkah selamat di uruskan oleh Tabung Haji @azeezputera








Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim,Pengerusi Lembaga Tabung Haji pada hari ini menziarahi keluarga Allayarhamah Masitah Mohamed Noor ,70 Lenggong Perak.

Allayarhamah Masitah Mohamed Noor merupakan jemaah haji ke 9 negara ini yang telah meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji 1434H.

Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada selasa,4 Oktober 2013 jam 2.45 pagi (waktu Saudi) akibat masalah jantung di Hospital An Noor,Makkah.

Jenazah Allayarhamah Masitah Mohamed Noor telah di uruskan oleh para petugas Tabung Haji di Makkah dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek.



Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kenyataannya yang mewakili seluruh seluruh warga kerja Tabung Haji merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allayarhamah Masitah Mohamed Noor.

Beliau berharap semoga seluruh keluarga terutamanya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan kehilangan insan tercinta.Beliau juga turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,Mendapat keampunan Allah SWT,serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.


Cucu Allahyarhamah Masitah Mohamed Noor


Dalam lawatan yang sama ,Yang berhormat Dato Azeez juga telah menyerahkan bantuan khairat kematian sumbangan Tabung Haji kepada waris Allahyarhamah.



Turut serta dalam program ziarah ini adalah para pegawai serta kakitangan Tabung Haji khususnya dari negeri Perak.

1 comment:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates