Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 20 October 2013

Laporan-kumpulan samun dan pecah rumah tumpas semalam



Salam YDH Dato'. Dimaklumkan LARKIN/9839/13 berkaitan kejadian anggota MPV JBS melepaskan tembakan semasa kejar mengejar dengan suspek selepas suspek melanggar kereta MPV dan cuba merempuh anggota.

Pengadu, KPL RF103334 HARRUN BIN MD YUSSOFF 51 tahun anggota bertugas DCC JBS menyatakan pada 19/10/2013 @ 5.00 pagi semasa bersama KPL 127603 sedang bertugas di Pusat Kawalan Daerah Johor Bahru Selatan telah terima maklumat dari MPV 502 (KPL 121711 bersama L/KPL/S 16058) telah mengejar sebuah m/kar jenis Triton dari Jalan Tebrau hingga ke Jalan Hasil Kawasan Perindustrian Tampoi, Larkin, Johor Bahru dan semasa di Jalan Hasil m/kar tersebut telah melanggar MPV 502 dan anggota MPV 502 telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah m/kar tersebut. Setelah dibuat pemeriksaan dapati suspek 1(L) Cina tersebut tidak terkena tembakan dan hanya mengalami kecederaan di mulut dipercayai dari m/kar yang terbabas. Pengadu jadikan maklumat ini sebagai maklumat pertama.


Hasil siasatan tempat kejadian:


→ Tempat kejadian sebenar di T junction, Jalan Hasil/Jalan Hasil 2, 81200 JB (hadapan kilang Kerry Ingrediants (M) Sdn Bhd.


→ Mitsubishi Triton (JNG 1099) hitam terdapat 4 kesan tembakan di cermin besar hadapan, 1 fender kiri, 1 bonet hadapan dan beberapa kesan di tayar hadapan dan belakang sebelah kiri.
→ 16 kelongsong peluru dan satu peluru hidup senjata HK MP5 dijumpai di atas jalanraya di tempat kejadian iaitu di bahagian hadapan dan kiri Mitsubishi Triton.


→ Tangkapan 1(L) Cina GAN MENG CHONG 24 tahun alamat di No. 716, Jalan Sri Putri 2/8, Taman Putri, 81000 Kulai (semakan tiada rekod) dan mengalami kecederaan luka/bengkak di bahagian atas bibir akibat kenderaan yang terbabas.



→ Turut dijumpai dari dalam kenderaan suspek ialah 2 pasang sarung tangan kain, 2 unit walkie talkie (bukan milik polis), segugus anak kunci kenderaan/rumah dan dokumen-dokumen.

Hasil siasatan awal:


→ Anggota MPV 502 telah terserempak dengan Mitsubishi Triton hitam (JNG 1099) dan Toyota Vios silver (tak pasti nombor) di hadapan Maybank, Jalan Meranti (berhampiran Wisma Diamond) dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri kedua-duanya melarikan diri.


→ MPV 502 telah mengejar Mitsubishi Triton (JNG 1099) sehingga ke Jalan Tampoi (Kampung Ubi) dan tidak berhenti di SJR tempat tersebut dan turut melanggar kon polis.


→ Apabila sampai di tempat kejadian iaitu sehingga ke jalan mati, Mitsubishi Triton telah reverse dan melanggar bahagian hadapan MPV 502 menyebabkan MPV 502 remuk dibahagian depan.


→ Setelah dilanggar 2 anggota MPV 502 telah turun dari kenderaan dan menghala ke arah Mitsubishi Triton dan pada masa sama kenderaan suspek telah kembali bergerak ke arah anggota polis menyebabkan krew melepaskan 20 das tembakan HK MP5 dan pemandu 1 das tembakan Walter P99 ke arah kenderaan suspek bagi menyelamatkan nyawa sehingga menyebabkan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalanraya.


→ Anggota MPV 502 dapati seorang suspek telah melarikan diri ke arah tebing jalan ke Lebuhraya Pasir Gudang dan seorang suspek (pemandu) berjaya ditahan.



→ Semakan nombor injin dan casis Mitsubishi Triton (JNG 1099) dapati telah dilaporkan hilang bersabit Tun Aminah/7450/13 (14/10/2013).

→ Tangkapan masih belum memberikan kerjasama dalam soal siasat awal kes ini yang masih menyatakan sendirian dalam Mitsubishi Triton berkenaan.


→ Diperingkat ini dipercayai suspek merupakan kumpulan samun dan pecah rumah.


→ Siasatan mengikut Sek. 307 KK oleh Insp Lau Chee Ung.
Sekian terima kasih.



Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates