Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, 29 October 2013

PRKSgLimau-Bangun HUMBAN'“Tetap Tolak GST!” @bn4prk

“Tetap Tolak GST!” “Akan Tentang Cadangan GST!” “Rakyat Diperas Dengan GST!”

Begitu hebat sekali isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini dimainkan oleh sesetengah pihak, sehinggakan kebanyakan rakyat yang mungkin sebelum ini tidak pernah mengambil kisah tentang cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sememangnya sudah dilaksanakan sejak berdekad lalu kini turut tergerak menyumbang suara untuk menolak pengenalan cukai kepenggunaan baru ini.

Namun berapa ramaikah yang betul-betul faham mengenai GST dan impaknya kepada pengguna?

Sebab utama GST dibantah adalah kerana ia dikatakan akan menyusahkan rakyat, atas sebab harga barangan digembar-gemburkan akan meningkat sebaik sahaja pelaksanaannya.

Namun, benarkah dakwaan sedemikian?

Konsep cukai kepenggunaan seperti GST bukanlah satu konsep cukai yang baru. Malah, konsep cukai kepenggunaan ini telah digunapakai oleh lebih daripada 170 buah negara di seluruh dunia, termasuk kebanyakan negara jiran di dalam ASEAN.

Jika diperkenalkan di Malaysia, GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Sebenarnya, jika GST diperkenalkan pada kadar yang lebih rendah berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan sekarang, dijangka pengguna akan mendapat manfaat oleh kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan, bukan kenaikan harga.

Selain itu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian juga dilaporkan tidak akan dikenakan GST. Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.

Berita baik bagi pengeksport pula, barang dan perkhidmatan yang dieksport dilaporkan akan dikenakan GST pada kadar sifar untuk meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa.

Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun dilaporkan akan diwajibkan untuk mendaftar di bawah GST, manakala syarikat dengan perolehan tidak melebihi RM500,000 setahun dilaporkan akan dikecualikan daripada mengenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan tidak membebankan perniagaan kecil supaya mereka tidak perlu menanggung semua kos yang berkaitan GST. Selain itu, pengguna yang bijak juga boleh membuat pilihan untuk membeli barang keperluan mereka daripada peniaga kecil yang tidak mengenakan GST. Secara tidak langsung, pengguna khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak akan dibebankan dengan GST.

Sebagai penutup

GST dilihat sebagai satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan berbanding system percukaian yang digunapakai sekarang.  Diperhatikan, jika diperkenalkan, GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada, seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya.  Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self-policing. Dan jika kerajaan mampu melaksanakan GST dengan telus dan berkesan, kesan daripada GST ini akan mampu untuk terus menyenyapkan suara-suara yang menentang pengenalan GST ini pada mulanya.

 “Akan Tentang Cadangan GST!” “Rakyat Diperas Dengan GST!”

No comments:

Post a Comment

Sample text

Sample Text

Sample Text

Blogger Templates