Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 17 October 2013

PULUHAN JUTA - Subsidi yang di ROMPAK tanpa kita sedar




Harga minyak Ron 95 pada tahun 2012 = RM 1.90.
Subsidi = RM 0.53.

Jumlah kemasukan penduduk Singapura ke Malaysia pada tahun 2012 = 13 014 268 juta orang


1. Saya mengandaikan penduduk Singapura memasuki Malaysia melalui tiga cara iaitu air, udara dan darat.

2. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan Petrol 97, Petrol 95 dan Diesel.

3. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan kenderaan sendiri dan juga menaiki pengangkutan awam di Malaysia.

4. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan kenderaan sendiri seramai 1 hingga ke 4 orang dalam sebuah kereta.

5. Saya mengandaikan isi penuh penuh minyak sebuah kereta adalah 45 liter.

Jadi, dengan mengambil kira beberapa faktor di atas tidak keterlaluan jika saya mengandaikan 60% daripada mereka yang menggunakan kenderaan sendiri akan membeli minyak Petrol Ron 95 di Malaysia.

60% daripada 13 014 268 juta orang = 7 808 560 juta orang.

7 808 560 juta orang / 3 orang dalam sebuah kereta = 2 602 853 juta kereta.

2 602 853 juta kereta x 45 liter minyak = 117 128 385 juta liter minyak.

117 128 385 juta liter minyak x RM 0.53 subsidi = RM 62 078 044 juta subsidi.

Jadi, jumlah subsidi yang telah disalurkan kepada penduduk Singapura yang mengisi minyak sekurang-kurangnya sebanyak = RM 62 juta pada tahun 2012.


Mungkin nilai ini sedikit pada anda namun jika kita mempunyai nilai yang sebenar jumlah ini pasti akan meningkat secara drastik. Jumlah ini juga adalah anggaran paling minimum dan tidak termasuk tahun-tahun lain di mana Petrol Ron 97 masih bersubsidi, tahun-tahun lain Petrol Ron 95 dan juga diesel yang bersubsidi. Dan jika pengiraan subsidi yang telah disalurkan ke Singapura ini dikira dengan tepat sekalipun, kita masih belum mencampurkan jumlah subsidi yang telah disalurkan ke Thailand.

Ini juga belum termasuk subsidi yang telah dibazirkan dengan penyeludupan minyak, kecurian dan sebagainya.

Itu baru dikira minyak. Bagaimana pula barangan yang bersubsidi seperti beras, minyak, tepung dan gula yang dibeli oleh penduduk luar setiap tahun? Bagaimana pula barangan lain dan service lain yang bersubsidi?

Maka, di sini lah logiknya subsidi perlu dihabuskan dalam semua bentuk dan menggantikan dengan kaedah lain di mana bantuan yang sebenar perlu disalurkan kepada golongan sasaran yang berhak dan layak. Subsidi Kerajaan Malaysia bukan untuk diberikan kepada penduduk bukan Malaysia dan subsidi juga bukan untuk orang kaya.

Jika ada rakyat Malaysia yang prihatin, lakukanlah perubahan. Timbulkan kesedaran kepada orang ramai. Berapa puluh juta atau berapa ratus juta lagi wang subsidi perlu dibazirkan kepada negara luar?

FAKTA: Puluhan Juta Subsidi Telah Disalurkan Ke Singapura Tanpa Kita Sedar

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates