Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 30 October 2013

RM400,000 untuk Madrasah Mazahirul Ulum



Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mengumumkan peruntukan RM400,000 untuk kerja penambahbaikan Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras dekat sini dan membaiki jalan masuk ke madrasah itu.

Timbalan perdana menteri berkata sebanyak RM350,000 adalah peruntukan bagi membiayai bangunan baharu madrasah yang sedang dalam pembinaan dan surau madrasah.

Sebanyak RM50,000 lagi ialah untuk pembaikan jalan ke madrasah berkenaan, katanya semasa berucap dalam lawatannya di madrasah itu di sini.

Beliau berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di negara menjadi contoh kepada negara lain.


Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin kemudian bersolat jemaah di Masjid Bukit Choras sebelum menghadiri program sepetang bersama penduduk Bukit Choras.



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates