Teratak bonda mertua Arwah Sjn Zal Azri
Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada dua orang anak Allahyarham Sjn Zal-Azri Abdul Somad di sini..
Sumbangan dalam bentuk akaun simpanan yang berjumlah RM5,000 setiap seorang itu disampaikan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Akaun Simpanan dari TH
Abdul Azeez berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban balu Allahyarham, Atiqah Mohd Rosdi untuk perbelanjaan pendidikan anak-anaknya Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah berusia lima bulan.
"Saya berharap akan ada lagi sumbangan dari pelbagai pihak untuk meringankan beban balu Allahyarham yang maut ketika menjalankan tugas.
"Sumbangan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak Allahyarham, bagi yang ingin memberikan sumbangan boleh masukkan terus ke akaun kedua-dua anak Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dua buku akaun TH di sini hari ini.
Zal-Azri maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di Melaka pada 23 Sept lepas.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun TH Mohamad Habibullah 040102000226362 dan Mohamad Atiqullah 040102000226314.
P/S : Sayang sekali…. di bumi yang bernama Malaysia, yang disanjung adalah mereka yang melakukan nista, tetapi yang diperlekeh adalah mereka yang bergelar wira.(Gua perli Suhakam dan lawyer Latheefa koya)
Fakta harus tahu tentang Dato Azeez Rahim
Dato Azeez Rahim boleh dikatakan orang respect habis hasil kerja dia.Beliau banyak aset dari segi penyokong terutamanya golongan remaja.Mungkin gerak kerja dia 'Heavy duty' yang terpandang oleh anak remaja.
Sebelum menceburi bidang politik beliau adalah hanya seorang penjual kereta biasa.Usaha gigih itu penting motivasi yang ada dalam dirinya.
Dato’ Azeez pernah diberikan penghormatan yang sangat tinggi apabila dianugerahkan sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh, sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ( 2nd Wave Road to GAZA )
Misi Bantuan Kemanusiaan dan Penyerahan 10,000 ribut Tilam 1 Malaysia kepada mangsa banjir Kedah & Perlis 2010
Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine Gaza 2010
Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2010
Misi Bantuan Kemanusiaan ke Queensland Brisbane, Australia 2011
Misi Bantuan Bencana Alam ke Christchurch, New Zealand 2011)
Misi Kemanusiaan membawa pulang (9000) pelajar Malaysia di Mesir 2011
Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami di Jepun 2011
Misi Bantuan Kemanusiaan ke Mogadishu, Somalia 2011
Jejak Warisan Jawi Rentas 7 Negara – Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, China & Myanmar 2011
Misi Kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Indonesia, New Zealand, Filipina, Vietnam 2010 – 2013
Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Letupan Bom di Hatyai, Thailand 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Myanmar 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan & Penyerahan 11,000 ribu Tilam 1 Malaysia mangsa banjir Selangor 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M & GBG1M (2nd Wave Road to GAZA) Gaza Palestine 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan membantu mangsa Taufan Bopha di Filipina 2012
Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk dan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah 2013
Dan Banyak lagi yang tidak dipaparkan disini.
Sedikit Testimoni
No comments:
Post a Comment