Tuesday, 12 November 2013
Ajaran Tuhan Harun-Kronologi dari 2009 sudah jelas Artis popular turut terlibat!
Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya.
Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD
Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor.
Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.
Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.
Untuk rekod, pada 24 April lalu, Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.
Kemudian Harun dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.
PENDEDAHAN MENARIK
Kronologi bermula dari Kelab Taqwa Malaysia / Pan-Phoenix Dina / Business Time Dina / Persatuan Gabungan Kebajikan Ekonomi Rakyat Malaysia (PGKERM) / Yayasan Awana / Persatuan Kebajikan Ekonomi Kesenian Malaysia (PKEKM)/ Kelab Rohani Selangor (KRS) / Kelab Ihsan Wilayah Persekutuan (KIWP) semuanya penipuan mengguna agama Islam demi kemewahan dunia
PERSATUAN GABUNGAN KEBAJIKAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA (PGKERM)
PENUBUHAN PERSATUAN KEBAJIKAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA (PGKERM) UNTUK KITA DAPAT BERSAMA BERFIKIR DAN BERTINDAK UNTUK MEMAJUKAN BANGSA KITA DARI SEGI KEBAJIKAN, EKONOMI, AGAMA DAN KEROHANIAN.
OBJEKTIF
• UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT, MEMPERTINGKATKAN IMAN DAN TAQWA YANG BERWAWASAN.
• UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERDISIPLIN.
• UNTUK MENYATUPADUKAN MASYARAKAT YANG PELBAGAI KAUM KE ARAH SATU PANDANGAN YANG BERKONSEPKAN EKONOMI.
• MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KAUM.
• MENSTABILKAN EKONOMI NEGARA.
• MENGKUALITIKAN SOSIAL MASYARAKAT.
• MENGHAPUSKAN KEMISKINAN RAKYAT.
• MEWUJUDKAN KEMAHIRAN DALAM PELBAGAI BIDANG.
MATLAMAT:
MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA DARIPADA KESUSAHAN, KEMISKINANA DAN KEFAKIRAN.
KESAN:
BERLAKU PEMULIHAN DALAM EKONOMI, INDIVIDU, SOCIAL, BUDAYA, KELUARGA, TARAF HIDUP, KUASA BELI, PENGURANGAN BUDAYA BERHUTANG, TOLONG MENOLONG, KASIH SAYANG, SIMPATI, KEBAHAGIAAN, DIRI DAN RUMAHTANGGA.
YDP:
YDP Federal: TUAN MOHD NIZAM BIN MOHD SALLEH
YDP Kesenian: KUNJE AHMAD B AHMAD KUFTTY
IKON-IKON PGKERM:
-KHAIRUDIN B ABDUL LATIF
-LT KOL (B) MOHD SANI BIN HASNAN (Bendahari KTM)
-MOHD NOR FIKERI B MOHD SALIHIRI (Presiden KRS)
-HJ AHMAD B HJ DAUD (Pegawai Daerah BERA)
-MUHAMAD HAFIZ B ABDUL WAHAB (Keturunan MAT KILAU)
WAKIL FEDERAL NEGERI (WFN)
WFN Kelantan: En. AZIHAN B ISMAIL
WFN Selangor: En. ZAINI B MUHAMAD
WFN Kuala Lumpur: En. ZUBIR B ISHAK
WFN Johor: En. MOHD OZIE B MOHD SALLEH
WFN Melaka: En. SHAMSURI B SAMCHIK
WFN Sabah: En. ROZALI B ROSLI
WFN Sarawak: En. HAFIZZUDIN B ABDULLAH
WFN Pahang: En. ABD HALIM B MOHAMMAD
WFN Perlis: TUAN KHAIRUL AZHAR B NURUDDIN
WFN Perak: En. ZIANI B ABDULLAH
WFN Kedah: En. ANUAR B OTHMAN
WFN Terengganu: En. MOHD SHUKRI B HAMZAH
WF PGA: TUAN MOHD ABDUH B ISMAIL
JAWATAN KUASA INDUK
1. KHAIRULANUAR B ABD RAHMAN
2. SYED AZLAN B SYED ABU BAKAR (ARAB-artis)
JAWATAN KUASA NEGERI PAHANG
1. Abd Halim b Mohammad
2. Azlisham b Ahmad
3. Ahmad Faizal b Abd Halim
4. Shukri b Mohammad
5. Husniza bt Hussin
6. Supian b Nawang
7. Jundullah b A.Hamid
8. Robiah bt A.Rahim
9. Nor Faizah bt Ibrahim
TESTIMONI MANGSA
"Setelah sekian lama bersama Dina dan Harun Mat Saat yg mendakwa dia makhluk mulia yg terpilih utk memimpin masyarakat kepada kembali kpd Islam melalui kaedah yang disebut sebagai IBC, ternyata saya telah membuat satu kesalahan yang amat besar dalam hidup saya apabila menyertai Dina.
Saya terpengarh dgn kata2 manis yg disulami dengan konsep ketuhanan yg tak pernah lekang dari mulut Harun Mat Saat yang juga menggelar dirinya sebagai Ustaz sedangkan pada hakikatnya ilmu yang dimiliki tidak sehebat mana dan kalaupun ilmunya hebat, namun in practical ilmu yang ada hanya sebagai alat untuk menyesatkan manusia dan memperolehi kekayaan buat diri sendiri dan kroni2 yang menyokongnya.
Kehebatannya behujah dan menjawab berbagai persoalan berkaitan ketuhanan membuatkan saya teruja dan mula meyakini apa yg dikatakan. Dari cara pemakaiannya yg selekeh, sedikit sebanyak mempengaruhi saya meyakini hala tuju yg hendak dibawa. Namun disebalik pakaian yang selekeh tersembunyi kehidupan mewah yg luar biasa. Dengan deretan kereta mewah yg bukan sahaja dimiliki oleh Harun Mat Saat, tp juga oleh konco2nya yg dipilih hanya untuk berkata 'yes' pada setiap apa yg diperkatakan. Tiada siapa yg berani menentang meksipun apa yg diperkatakan jelas terpesong dari sifat se org muslim sebenar.
Pernah dalam beberapa siri ceramah Harun Mat Saat dengan angkuh mendakawa mempunyai berbillion ringgit dan di satu majlis yg lain dengan gah berkata, aku ada duit.7 generasi pon tak abis nak makan. Apa jenis kata2 ini kalau bukan takabur?Ada pengikut2 Harun mengatakan, Harun ni mmg kaya sejak dari dulu..kononya jadi penasihat ekonomi kepada Tun Mahathir dan sebagainya. Tapi yg benar...Harun adalah amat miskin sebelum dina diwujudkan. Dari mana datang kekayaan ini semua kalau bukan duit dari ahli dina yg dikutip oleh konco2nya di seluruh Malaysia dan Brunei.
Hebat sungguh permainan manusia yg bernama Harun ini. Menggunakan Islam sebagai umpan utk menarik perhatian umat islam utk melabur. Kilang2 yg ada digunakan tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai satu perangkap bagi meyakinkan para mangsa yg rakus dengan tawaran yg amat gila dan tak masuk akal.
Penipuan Harun amat jelas. Kerakusan manusia menyebabkan mereka buta melihat penipuan licik yg diatur oleh Harun dan konco2nya.
Kejatuhan Kotaqwa sebenarnya adalah kerana Harun tidak mahu dan enggan menerima teguran bukan seperti yg didakwa oleh Harun yg ahli lembaga pengarah melarikan wang. Akhirnya Harun memilih 'Pak Turut' yg mengikut telunjuk semata2.
Akhirnya KOTAQWA berkubur. Kerakusan Harun semakin menjadi2. Kelab Taqwa pula digunakan sebagai platfom dan akhirnya ditutup bila sudah tidak mampu membuat bayaran yg dijanjikan. Kelab kebajikan Ekonomi Rakyat ditubuh untuk terus mengutip wang manusia yg dhaif dan miskin utk memenuhi nafsu serakah Harun. Akhirya semua janji tidak tertunai. Kerakusan Harun tidak terhenti di situ sahaja. Program RC pula diwujudkan. Tiada dokumen, tiada perjanjian. Tawaran dibuka kepada yang yakin. Akhirnya tipah tertipu sekali lagi. Jutaan Ringgit dikumpulkan dan diserahkan kepada Harun. Akhirnya ahli2 yang ‘yakin’ berputih mata.
Kini, para kakitangan Dina dihimpit keperitan. Gaji sudah 3 bulan tidak dibayar. Satu demi satu pejabat Dina ditutup. Bantuan dinpinta kepada Harun, Namun Harun sudah naik ke langit.Harun sudah lari meninggalkan konco2nya menanggung segala beban.
Para ahli dijanjikan pemulangan balik modal. Pada pandangan saya, itu semua adalah helah semata-mata bagi melengah-lengahkan masa. Pada hakikatnya, Harun sudah tidak mempuyai wang untuk membuat pembayaran balik.
Kepada semua ahli, satu cara terbaik adalah untuk membuat laporan polis dan heret harun ke muka pengadilan. Wang dilabur tak mungkin dapat balik. Harun wajib dihukum kerana menipu dan memutarbelitkan fakta. Jika ini tidak dilakukan, Harun terus bermaharajalela dan ahli semua akan terus menderita".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment