Wednesday, 13 November 2013
BONGKAR-FAKTOR INI YANG MENYEBAB WARGA ASING SANGAT MAHU SERTAI RELA
PERTAMA - Mereka berpeluang mengetahui pelbagai maklumat sulit dikongsikan oleh pihak berkuasa. Contohnya, jika terbabit dalam operasi membanteras PATI senegara, pastinya maklumat seperti lokasi serbuan diketahui dan mudah dibocorkan.
KEDUA - Memiliki kad RELA sekaligus menjadikan identiti PATI itu lebih sukar disangsikan oleh orang ramai atau pihak RELA sendiri. Masakan angoota RELA memeriksa dokumen sesama sendiri.
KETIGA - Jika PATI memandu kereta, vest RELA diberikan secara percuma pasti digantungkan di tempat penyangkut baju tempat duduk belakang. Jika terpaksa menempuh sekatan jalanraya polis, tentunya pakaian boleh dilihat jelas itu akan memberikan lebih peluang kepada mereka untuk menyelamatkan diri tanpa diperiksa secara teliti oleh pihak berkuasa.
Majoriti anggota RELA juga saya perhatikan amat gemar memakai vest sama sewaktu menunggang motosikal, tatkala pulang daripada menjalankan tugas. Andai PATI memakai vest terbabit, adakah pihak yang akan memeriksa dokumen diri mereka? Barangkali ada tetapi kejadian itu jarang berlaku.
KEEMPAT - PATI terbabit juga berpeluang mendapat bayaran elaun, RM6.00 sejam berikutan kerja mereka laksanakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment