Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 23 November 2013

INILAH RUPA RAJA NEGERI SARAWAK




Pribumi Sarawak menentang pemerintahan Brooke di Sarawak.

Misalnya, di bawah pimpinan Rentap, Sherif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghafor, Bantin dan Penghulu Asun.

Penglibatan Brooke dalam pentadbiran Sarawak mencetuskan gerakan tentangan di bawah pimpinan Sherif Shahap. Dengan sokongan orang Iban, antaranya Orang Kaya Pemancha Dana (Bayang), Sherif Shahap melancarkan serangan ke atas Kuching pada tahun 1842. Namun begitu perjuangan Sherif Shahap ini dapat dipatahkan oleh angkatan Brooke


Kekalahan ini tidak menghalang Sherif Mullah dan Sherif lapar melancarkan serangan ke atas Brooke. Gerakan Sherif Mullah dan Sherif lapar juga dikalahkan oleh angkatan Brooke. Dalam gerakan menentang orang Sarawak ini, Charles Brooke mendapat bantuan daripada kapal dan tentera laut diraja British dari Singapura. Antara kapal yang membantu pemerintahan Brooke ialah HMS. Dido di bawah pimpinan Henry KeppeJ.

Orang Iban terus berperang dengan angkatan Brooke di Kampung Nanga Padih pada tahun 1843. Mereka gagal mengalahkan angkatan Brooke, dan Kampung Nanga Padih diduduki oleh Brooke pada 11 lun 1843. Begitu juga perjuangan orang Iban di Rimbas juga mengalami kekakalahan. Pasukan pribumi di bawah pimpinan Abang Apong dan Linggir Mali Lebu dikalahkan oleh angkatan Brooke dalam pertempuran di Benting Meru.

Walaupun begitu orang Iban tidak menyerah kalah, mereka kini berjuang terus menentang pentadbiran Brooke dan kini di bawah pimpinan Rentap. Walaupun kubu Rentap di Sungai Lang diserangkan oleh angkatan Brooke pada tahun 1854, Rentap berjaya mengundurkan diri ke Bukit Sadok. Ketika berkubu di sini, Rentap berjaya mengundurkan angkatan yang dipimpin Tuan Muda Charles Brooke pada tahun 1857. Kejayaan yang dicapai Rentap ini mengharumkan namanya, dan beliau mendapat penghormatan dan sanjungan daripada penduduk pribumi Walaupun begitu kubu Rentap dikalahkan pada tahun 1858. Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di sini.

Orang Melayu Sarawak juga tidak ketinggalan menentang pentadbiran Brooke. Mereka dipimpin oleh Sherif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur. Kedua-duanya menjalankan kempen menentang dan menghalau orang asing, iaitu Brooke dari Sarawak.

1 Klik dapat RM0.15

Dalam gerakan SherifMasahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur ini, Henry Steele dan Charles Fox dibunuh oleh Sawing dan Sakalai pada tahun 1859.35 Walaupun dalam gerakannya itu Sherif Masahor mendapat sokongan daripada orang Melayu, Melanau, Iban, Mukah, dan Igan tetapi perjuangannya gaga!. Sherif Masahor dibuang ke Singapura; manakala Datu Patinggi Abdul Gapur dibuang ke lawa. Begitujuga dengan gerakan lain yang menentang pentadbiran di bawah pimpinan Bantin36 dan Penghulu Asun37 tidak berjaya mengalahkan angkatan Brooke.

RAJA-RAJA SARAWAK
1855 independence from Brunei
14 Jun 1888 British protectorate
25 Dec 1941 - 11 Sep 1945 Japanese occupation
1 Jul 1946 British crown colony
16 Sep 1963 part of Malaysia

Rajahs
24 Sep 1841 - 11 Jun 1868 James Brooke (from 27 Apr 1848, Sir James Brooke) (governor to 18 Aug 1842)
11 Jun 1868 - 17 May 1917 Charles Johnson Brooke (from 2 Jun 1888, Sir Charles Johnson Brooke)
17 May 1917 - 1 Jul 1946 Charles Vyner Brooke (from 3 Jun 1927, Sir Charles Vyner Brooke) (in exile [Australia and U.K.]

Governors
29 Oct 1946 - 1949 Sir Charles Noble Arden-Clarke
14 Nov 1949 - 10 Dec 1949 Duncan George Stewart
10 Dec 1949 - 1950 Christopher William Dawson (acting)
4 Apr 1950 - 1959 Anthony Foster Abell (from 1952, Sir Anthony Foster Abell)
23 Feb 1960 - 1963 Sir Alexander Waddell

2 comments:

  1. Kalau tidak silap saya Datu Patinggi Ghafor di buang daerah ke Melaka, ukan Lawa. Walwahu"alam. Dr. Abang Zainal Abd Latip (melaka), cicit kpd Datu Patinggi.

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak silap saya Datu Patinggi Ghafor di buang daerah ke Melaka, ukan Lawa. Walwahu"alam. Dr. Abang Zainal Abd Latip (melaka), cicit kpd Datu Patinggi.

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates