Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 13 November 2013

KENA ROMPAK DI ATM MESIN ATAU KENA PEMBOHONG?



SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca  penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.


Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates