Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 8 November 2013

Murka-Sultan Johor gugur gelaran "Datuk" dari Pengarah Unit Ekonomi Negeri





Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menarik balik gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Hamsan Saringat. Sultan juga menitahkan agar Hamsan, yang juga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.


Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, baginda turut bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S 11) yang dikurniakan kepada Hamsan juga ditarik balik dan dibatalkan serta merta. “Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak boleh menggunakan gelaran Datuk dalam apa jua urusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Sultan Johor membuat keputusan itu mengikut kuasa-kuasa di bawah Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia. Hamsan dikurnia Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) yang membawa gelaran Datuk pada 2005 oleh Sultan Iskandar Ismail.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates