Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 21 November 2013

PDRM TANGKAP TUHAN-TUHAN PUN DITANGKAP !!!



Ketua Kumpulan Tuhan Harun Ditangkap di Tangkak

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat telah ditangkap di Tangkak, Johor, bersama-sama dengan dua suspek selepas serbuan di dua lokasi berasingan. Satu pasukan petugas yang terdiri daripada polis Johor dan Pahang terlibat dalam serbuan tersebut. Suspek telah diserahkan kepada polis Pahang untuk siasatan lanjut.

Polis sebelum ini memburu pemimpin dan pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun berkaitan dengan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek. Beliau telah ditembak mati di hadapan rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 November lalu.

Semoga kes ini akan diselesaikan dengan sebaiknya. Jika terbukti dia sememangnya bersalah, berilah hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Jangan sampai berulang lagi kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku di negara Malaysia yang aman damai ini. Jom bersama kita pelihara keamanan Malaysia yang kita cintai ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates