Gempar satu Malaysia berikutan kes pengawal keselamatan menembak pegawai AmBank, namun penjenayahnya masih belum diberkas pihak polis.
SEMENJAK Alahyarhamah Norazita Abu Talib meninggal dunia akibat ditembak di kepala pada 24 Oktober lepas, hari ini sudah masuk hari ketujuh suspek yang menembaknya masih belum ditahan dan masih dalam buruan pihak polis.
Dalam operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi itu, kira-kira 11 orang sudah ditahan bagi membantu mengesannya dan polis mengeluarkan kenyataan yakin dia masih berada dalam negara.
Polis juga sudah mengesahkan suspek sebenarnya merupakan seorang warga negara Indonesia yang menggunakan Mykad palsu untuk berkerja sebagai pengawal keselamatan.
Memetik laporan Bernama Selasa lepas, pihak polis memberitahu tangkapan terbaru dalam gerakan memburu Ardi dibuat di Johor namun polis enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah, penangkapan dibuat bagi tujuan membantu siasatan untuk mengenalpasti di mana lokasi suspek berada.
Persoalan yang timbul sekarang ialah jika tangkapan dilakukan di Johor, adakah kemungkinan suspek, si Ardi sudah pun terlepas dan bolos balik ke Indonesia?
Ini kerana diketahui umum Johor merupakan antara pintu keluar masuk utama kemasukan rakyat Indonesia secara haram.
Antaranya ialah Jeti Kukup di daerah Pontian yang dikatakan sering menjadi tempat kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia kerana kewujudan banyak hutan paya bakau yang memudahkan mereka menyembunyikan diri.
Adakah suspek yang ditahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seorang tekong?
Jika seorang tekong yang membantu pendatang haram, adakah pihak polis sudah memulakan gerakan memburu suspek dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi memburu suspek ganas dan berbahaya itu.
Jenayah berlaku di Lembah Kelang oleh seorang pendatang asing tetapi penahanan terpaksa dilakukan sehingga di Johor…
Apakah Ardi seorang yang begitu profesional dalam mengatur jejak langkahnya? Apakah dia telah mengatur semuanya dengan bagitu rapi?
Andai kalau Ardi terlepas ke Indonesia pun, bukanlah salah pasukan polis kita kerana pintu keluar dan masuk haram di negara ini terlalu banyak. Keluasan sempadan air Malaysia terlalu panjang untuk dikawal sepenuhnya sepanjang masa.
Identiti sebenar Ardi pun diketahu lepas beberapa hari, memberikan masa yang secukupnya kepada penjenayah itu untuk mengambil kesempatan lati keluar dari negara ini.
Namun, semua itu sekadar andaian sehaja. Kalau dia terlepas pun, mungkin boleh mohon bantuan polis Indonesia untuk mengesannya. Kalau dia ada dalam negara, Insya’Allah tak lama lagi dapat la tu… mungkin hiduo mungkin mati…
Ardi melarikan pump gun bersama….bermakna dia sangat merbahaya…
Sementara itu, sebuah kedai emas di Setapak pula dirompak oleh pengawal keselamatan peribadi kedai itu sendiri dan suspek turut bersenjata.
Secara kebetulan, perompak kes kedai emas juga dipercayai berasa dari Sabah dan turut menggunakan Mykad palsu.
Sehingga kini, rakaman kamera litar tertutup kedai emas berkenaan masih tidak didedahkan pihak polis adakah ia melibatkan suspek yang sama atau tidak.
Di sana sini, masyarakat diselubungi rasa bimbang ekoran Ardi masih lagi bebas biarpun pihak polis sudah pun menahan isterinya bagi membantu siasatan dan juga beberapa individu lain.
Kita berharap kes pembunuhan dan rompakan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya akan selesai segera dan suspeknya dihadapkan ke muka pengadilan
No comments:
Post a Comment