Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 15 November 2013

Peminjam berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam



Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.

“Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Khalid bertanyakan mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Kamalanathan berkata peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik pinjaman selepas 16 bulan daripada tarikh tamat pengajian akan menerima surat makluman daripada PTPTN kepada mereka untuk menyatakan sebab tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan tambahan Datuk Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) mengenai peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian selama 16 bulan, Kamalanathan berkata pihak PTPTN sedia mendengar masalah yang dihadapi peminjam yang tidak mampu membuat pembayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

“Bagi peminjam yang tidak mampu membayar, mereka boleh menghantar e-mel kepada PTPTN bagi menyatakan masalah mereka dan PTPTN sedia membantu mereka sama ada mengurangkan ujrah pinjaman ataupun membayar ansuran bulanan dalam jumlah yang rendah,” katanya.


Peminjam yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas 16 bulan tamat pengajian juga diminta untuk memaklumkannya kepada PTPTN.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates