Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 11 November 2013

POLIS BURU RAKAN SUSPEK ROMPAK AMBANK



Pihak polis kini memburu seorang lagi rakan suspek kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank yang dikenali sebagai ‘Joemar’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ‘Joemar’ yang juga warga Indonesia dipercayai menjadi dalang yang bersubahat dan merancang rompakan dengan suspek utama. Malah dia turut disyaki menyimpan sebahagian besar wang hasil rompakan itu.

“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Khalid berkata identity sebenar suspek utama telah pun dikenal pasti dia dia yang berusia 35 tahun itu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Lelaki itu diberkas oleh polis menerusi Ops Cantas kira-kira jam 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Oktober lalu.

Dalam serbuan itu, polis tidak menemui wang rompakan pada suspek dan hanya menemui wang berjumlah RM20,000 pada tiga ahli keluarga suspek yang ditahan sebelum ini.

“Setakat ini kita hanya menemui wang rompakan berjumlah RM20,000 daripada tiga ahli keluarga suspek utama yang ditahan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, polis sudah menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam rompakan terbabit.

Senjata api jenis pump gun itu ditemui oleh anggota polis dalam longkang kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian di USJ 2 Sentral, Subang Jaya kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam kejadian rompakan 23 Oktober lalu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut.

Mangsa yang berkerja 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates