Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 6 November 2013

Polis Larang Perarakan, Konvoi Selepas Keputusan PRK Sungai Limau



Polis Kedah pada Isnin melarang sebarang aktiviti perarakan atau konvoi bermotosikal selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, larangan ini bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti kesesakan lalu lintas atau kemungkinan berlaku kemalangan jalan raya akibat aktiviti terbabit
“Parti yang menang atau kalah, janganlah buat perarakan atau konvoi kerana saya dapati ada konvoi bermotosikal melibatkan kanak-kanak yang sudah tentu menunggang motosikal tanpa lesen.






“Malah turut membonceng tanpa memakai topi keledar.. (perbuatan) ini membahayakan nyawa (sendiri) dan orang lain,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini.

Mengulas keadaan terkini di kesemua 17 pusat pengundian, Ahmad berkata beliau telah mengarahkan anggota polis secukupnya bagi mengawal keadaan agar PRK berjalan lancar sehinggalah keputusan diumumkan malam Isnin.

“Pihak kami dapat tangani sebarang situasi sehingga kini dan akan pastikan PRK ini berakhir dengan aman. Polis ada di mana-mana bagi memantau keadaan agar pengundi dapat keluar mengundi dengan selamat,” katanya.

Ahmad berkata setakat 2 petang Isnin, polis menganggarkan sebanyak 61 peratus pengundi DUN Sungai Limau telah menjalankan tanggungjawab memilih calon masing-masing

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates