Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 10 November 2013

Posmen ditetak tangan hampir putus!




Siapa sangka kerjaya sebagai seorang posmen boleh merbahayakan nyawa? Di Kota Bharu, seorang posmen telah ditetak bertubi-tubi sehingga tanan kanannya putus oleh dua lelaki bersenjatakan parang dihadapn rumahnya di Kubang Kerian pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 pagi itu, mangsa, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29, ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan.


Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan bedah pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit telah menyerang mangsa di hadapan rumahnya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu oleh individu lain.

"Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates