Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 18 November 2013

RACUN MANUSIA-KONPIRASI PEMBUNUHAN YASSER ARAFAT



KEBANYAKAN filem atau novel bercorak jenayah sering memaparkan babak menunjukkan racun digunakan sebagai medium membunuh musuh.

Tetapi, adakah cara pembunuhan seperti itu hanya satu cerita rekaan semata-mata?

Tanpa disedari, penggunaan racun menjadi pembunuh dalam senyap itu sebenarnya berlaku dalam dunia realiti dan turut menjadi ‘alat kegemaran’ polis rahsia Soviet sejak 1920-an.

Difahamkan, ibu pejabat Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB) di Lubyanka itu dilengkapi makmal rahsia digelar Kamera, di mana saintis palsu menghasilkan racun kompleks yang sukar dikesan.

Kamera pernah mencipta pen yang boleh membebaskan racun wap sianida dan ciptaan itu didakwa menyebabkan beberapa warga Ukraine maut akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Selain itu, satu siasatan pada 1975 berjaya mendedahkan tentang kewujudan makmal rahsia milik Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang berfungsi menghasilkan racun.

Israel juga mempunyai rekod paling banyak melakukan pembunuhan politik dengan menggunakan agen kimia sukar dikesan.

Sekutu kuat Amerika Syarikat itu juga mempunyai akses mendapatkan polonium dari reaktor nuklear mereka di Dimona.

Polonium, pembunuh senyap

Unsur radioaktif menjadi racun pembunuh dalam senyap ini pertama kali ditemui ahli kimia, Marie Curie pada akhir abad ke-19 hingga menyebabkan kematian ramai saintis.

Kini, racun berbahaya tersebut dikatakan mempunyai keupayaan membunuh kerana sukar dikenal pasti pengesan sinar gama dan beta.

Fail perubatan mangsa maut akibat keracunan polonium sehingga kini masih diselubungi misteri walaupun maklumat perubatan dan laporan makmal membuktikan tentang perkara itu.

Individu pertama dipercayai maut akibat racun radioaktif tersebut adalah Irene Joliot-Curie, anak kepada Marie Curie.

Selain itu, polonium juga pernah digunakan sebagai peranti pada sistem bom atom yang digugurkan di Nagasaki pada 1945.

Ia kini menjadi salah satu elemen penting kepada negara yang membangunkan senjata nuklear.

Disalah guna untuk tujuan jahat

Racun bukan hanya berfungsi sebagai senjata membunuh pada Zaman Pertengahan di Eropah, malah ia turut digunakan untuk merawat penyakit secara tradisional.

Bagaimanapun, beberapa bahan perubatan semula jadi tersebut telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan jahat.

Di Timur Tengah, penduduk Arab mencipta arsenik tidak berbau dan lutsinar serta sukar dikesan sebagai racun untuk membunuh.

Ketika itu, ‘wabak’ racun tersebut telah tersebar secara meluas di beberapa negara di Asia dan menyebabkan kegunaan bahan berbahaya itu meningkat mengikut peredaran zaman.

Racun pada zaman moden bukan hanya menjadi alat untuk membunuh kerana ia turut digunakan sebagai racun perosak, tujuan pembersihan dan proses pengawetan.

Selain itu, kebanyakan negara membangun seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia menggunakan racun sebagai senjata untuk memburu hingga ke hari ini.

Pada masa ini, racun masih wujud sebagai entiti untuk membunuh walaupun ia tidak digunakan secara meluas seperti beberapa dekad lalu.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates