Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 16 November 2013

RAKAN PEMBUNUH PEG AMBANK JOEMAR CABAR POLIS @PDRMsia



Beberapa hari yang lalu, MH post artikel mengenai Joemar menutup akaun Facebooknya. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, facebook kedua Joemar dapat dikesan dan banyak maklumat di dalamnya.



Facebook kedua Joemar ini menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino.



Dan Facebook Munir ini masih aktif dan untuk rekod, wang hasil rompakan AmBank RM428,200 masih berada di tangan Joemar.Apa yang menarik di laman Facebook nya ialah beliau begitu bangga menunjukkan kepingan duit yang bertajuk "Untuk Fakir Miskin".


Apakah beliau sedang mencabar Pihak polis dengan tanpa apa apa perasaan memuat turun gambar kepingan wang sedangkan beliau sendiri sudah mengetahui beliau sangat di kehendaki Pihak Polis berkaitan kes Rompakan di Ambank beberapa minggu lalu?.

Pihak polis berusaha keras memburu lelaki yang dikenali sebagai Joemar Omar itu hingga ke lubang cacing kerana berdasarkan risikan, polis percaya dia masih berada di dalam Negara ini. Joemar disyaki menyimpan baki wang rompakan dan turut menolong lelaki Indonesia itu melarikan diri selepas kejadian. Joemar dipercayai menetap di Klang dan menggunakan kad pengenalan palsu di atas nama Osman Salleh. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Joemar diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Kwek Chuwen Hui di talian 012-8188307 atau polis Subang Jaya 03-78627222 bagi membantu siasatan.

Atau beliau ingin menjadi hero seperti Zoro sebelum beliau ditangkap oleh Pihak Polis? Sama kita nantikan apakah pengakhiran kes Pembunuhan dan Rompakan Ambank ini.Rakyat Malaysia sangat menantikan apakah kesudahannya.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates