Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 17 November 2013

ROBOH MASJID - PUNCA MALAPETAKA TAUFAN HAIYAN (VIDEO+GAMBAR) @abby_abadi112



Taufan Haiyan adalah bala kerana merobohkan masjid-Simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini, Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan


Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.


Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo


Beiau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian


Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates