Taufan Haiyan yang melanda Filipina 7 hari yang lalu mengakibatkan ribuan rakyat Filipina terkorban dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal
Pada awalnya dianggarkan 10 000 orang terkorban tetapi kini jumlah rasmi yang diberikan kerajaan Filipina ialah sekitar 3500 orang. Setelah seminggu mayat yang terkorban harus segera dikebumikan sebelum mendatangkan mudarat kepada mereka yang terselamat.
Di Bandar Tacloban dan Provinsi Leyte, kubur gergasi yang memuatkan ratusan mangsa digali khamis lalu. Mangsa-mangsa yang terkorban ini dikebumikan tanpa ada istiadat agama ataupun mangsanya dikenal pasti.
Mayat ditanam secara bertingkat-tingkat di dalam beg mayat hitam. Sungguh sadis apabila mati dan mayat anda tidak sempat dikenal pasti
Klik buat duit paling COOL |
No comments:
Post a Comment