Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 30 November 2013

TAHNIAH PDRM-PEMBUNUH PEG JAIP DIBERKAS

Klik Foto



Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Tangkapan itu termasuk dua wanita.

Klik Foto

Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya “Kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang) PDRM. Tahniah sekali lagi. Di antara 13 tangkapan, 2 wanita ahli kumpulan Tuhan Harun”.

Klik Foto

Khalid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai penahanan anggota kumpulan Tuhan Harun itu.

Pada 20 November lepas, ketua kumpulan ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Klik Foto

Lelaki itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jaip Mohd Raffli Abdul Malik, 49, yang ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 November lalu.

STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat ‘multi tasking’ dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia, yang dilancarkan pada 21 November lalu dan akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates