Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 30 November 2013

TNB PEMUTAR BELIT BELIT KAUT KEUNTUNGAN?

Klik Foto



Adakah benar Rebat elektrik bagi bil di bawah RM20 yang dinikmati oleh 1.08 juta pengguna di seluruh negara ini? 1 sen pun dipotong ? Apakah benar juga rebat ini sehingga hujung tahun ini atau sekadar retorik TNB?

Klik Foto

Masalahnya disini bukanlah bernilai 1sen untuk dipertikai tetapi caj yang dikenakan terhadap pengguna semakin tidak munasabah dan tidak faham.

Klik Foto

Dana Wang Tenaga Boleh Baharu (Re Fund) ??? Apakah ini ???

Pengguna hanya bijak membayar dan berjimat tetapi langkah itu sia sia semata sekiranya TNB mengambil kesempatan kepada kita.

1 comment:

  1. Untuk maklumat penulis, RE Fund atau Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu diperkenalkan setelah kerajan mengenalpasti sumber tenaga fosil negara bagi menjana tenaga (elektrik) semakin berkurangan. Bagi mengurangkan kebergantungan penjanaan tenaga melalui tenaga fosil dan memanjang tempoh jangka hayat sumber tersebut, kerajaan telah mula melihat kepentingan pembangunan tenaga boleh baharu yang mampu menjana tenaga bersih dengan mampan dan berterusan.

    Untuk menampung usaha pembangunan ini, kerajaan menjadikan ia sebagai tanggungjawab bersama kerajaan dan pengguna elektrik. Oleh yang demikian, wang bagi menampung usaha pembangunan ini dikutip menerusi Tenaga Nasional Berhad yang mana pelanggannya terdiri daripada pengguna elektrik sendiri.

    Walau yang demikian, syarat ditetapkan agar caj tersebut dikenakan kepada pengguna yang berkenaan sahaja. Caj tersebut hanya dikenakan kepada bil elektrik yang mencecah RM 77 dengan kadar penggunaan 300 kW ke atas. Melalui pendekatan ‘pencemar membayar’ (poluters pay) ini, bil yang tidak mencecah jumlah tersebut tidak akan dikenakan caj tersebut.

    Caj ini juga secara tidak langsung mendidik orang ramai untuk mengguna elektrik dengan cekap dan berhemah. Pengenaan caj tersebut memberi bukti langsung terhadap kesan kepada alam sekitar dari penggunaan elektrik yang tidak berhemah. Pembayaran kepada KWTBB adalah bagi menampung usaha pembangunan tenaga lestari di Malaysia. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, subseksyen 24(1) Akta TBB harus dibaca bersama-sama dengan perenggan 3(1) P.U. (A) 384 untuk mendapatkan suatu penjelasan yang sepenuhnya. Oleh itu, adalah jelas bahawa peruntukan 1% daripada tariff yang dikenakan dan dipungut oleh TNB daripada pengguna TNB daripada Semenanjung yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj setiap bulan adalah diperuntukkan di bawah undang-undang sepertimana yang dinyatakan dalam subseksyen 24(1) Akta TBB dan perenggan 3(1) P.U. (A) 384. TNB hanya sebagai agent kutipan saja. Maklumat lanjut boleh layari laman web SEDA di http://seda.gov.my/?omaneg=00010100000001010101000100001000000000000000000000&s=146

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates