Gara-gara drama Love You Mr. Arrogant, nama Zara Zya meletup. Wataknya yang bertudung, ayu, comel dan manja di dalam drama itu menjadi pujaan. Ramai yang jatuh cinta dengan Zara dan kini namanya meniti di bibir para peminat dunia hiburan.
Tak salah untuk katakan, drama LYMA melonjakkan nama Zara daripada tidak dikenali kepada popular tak ingat.
Namun salah satu perkara yang harus dialami oleh mana-mana pelakon yang menjayakan watak bertudung ialah kekecewaan para peminat apabila mengetahui realiti sebenar bahawa si pelakon tidak bertudung.
Memang ramai yang kecewa kerana telah jatuh hati dengan Zara yang bertudung. Namun menurut Zara, tudung yang dipakai adalah kerana ingin menjayakan watak tersebut.
Ini adalah diri saya di luar. Kehendak bertudung itu ada namun bagi saya belum tiba masanya lagi. Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja. Insya-Allah sekiranya sudah sampai seru, saya akan lakukannya (bertudung).
Secara jujur, Zara memang tampak lebih cantik, menarik dan menawan dengan bertudung. Insya Allah suatu hari nanti akan terbuka pintu hati Zara untuk bertudung sepenuhnya.
Kalau peminat mahukan anda bertudung, itu maknanya lakonan anda berjaya dan mereka menyayangi anda. Namun peminat juga harus pandai membezakan antara lakonan dan realiti.
No comments:
Post a Comment