Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 27 December 2013

ARTIS MALAYSIA TERSENARAI WANITA TERCANTIK DUNIA




Kuala Lumpur: “Sebenarnya saya masih bersedih apabila pengurus promosi album Melayu berhenti secara tiba-tiba baru-baru ini.

Tapi, apabila dimaklumkan nama saya tersenarai antara 100 wanita tercantik di dunia 2013, ia buat saya bangkit semula,” luah penyanyi Soo Wincci berhubung penyenaraian namanya pada kedudukan 91 dalam carta 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2013 oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kelmarin.

Wincci yang berkongsi berita gembira itu semalam berkata, pemilihan itu adalah motivasi paling bernilai untuknya terus melangkah selepas bersedih berikutan pengunduran pengurus promosinya di negara ini secara mengejut, baru-baru ini.

“Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan di pasaran dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut.

“Berita nama saya tersenarai dalam carta 100 Wanita Tercantik Di Dunia membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara,” katanya menerusi pesanan WhatsApp dari Taiwan, semalam.





Penyanyi lagu Musim Asmara itu dipilih laman web Independent Critics bagi senarai 100 Wajah Tercantik 2013 kali ke-24 berdasarkan profil sebagai ratu cantik, personaliti televisyen dan penyanyi.

Wincci tersenarai dalam carta di samping bintang-bintang besar dunia antaranya pelakon Kate Winslet (United Kingdom), Freida Pinto (India), Jennifer Lawrence (Amerika Syarikat) dan penyanyi Yoona (Korea Selatan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates