Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 11 December 2013

BAYI MELECUR AKIBAT SUNTIKAN VAKSIN




Semalam para ibu bapa digemparkan dengan gambar seorang bayi dengan keadaan belakang badannya yang melecur seolah-olah terbakar sehingga kulitnya menjadi seperti melecur akibat dibakar

Menurut ibu bayi itu, Zulaikha Haris berkata, pada mulanya bayinya itu tidak menunjukkan sebarang kesan perubahan fizikalnya selepas disuntik pada 5 Disember lepas. Tetapi si kecil asyik menangis dari petang sampai ke malam.

"Pada keesokan harinya, bila saya nak lap badan dia tengok satu tompok seperti dibakar, bila dipegang memang rasa panas sampai pergi ke klinik pakar kanak-kanak pun tak berani nak check sehingga buat surat untuk hantar bayi ke hospital,” katanya.

Bayi yang tidak didedahkan namanya itu kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan terpaksa dimasukkan ke wad

Baca status penuh Nik Jamila Hilmi Yahya di bawah :


Kes ini masih baru dan segar dan pada masa ini mungkin telah sampai ke telinga Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika tidak ditangani segera, pasti akan menimbulkan rasa was-was para ibu untuk mengambil suntikan di klinik kerajaan. Tambahan pula, wujudnya kumpulan yang sememangnya anti suntikan vaksin ini akan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pengambilan suntikan vaksin itu.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates